fbpx
Gambar hiasan

Kerja dari rumah: Majikan perlu bayar gaji seperti biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Bayaran gaji pekerja yang bekerja di rumah (BDR) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) perlu dibuat seperti biasa.

Menteri Sumber Manusia, Datuk M. Saravanan berkata, majikan tidak boleh memaksa atau mengarahkan pekerja menggunakan Cuti Tahunan atau mengambil Cuti Tanpa Gaji.

Beliau berkata, perkara itu selaras dengan perintah dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

“Berhubung arahan bekerja dari rumah, KSM menegaskan bahawa bayaran gaji adalah seperti biasa dan majikan tidak boleh memaksa atau mengarahkan pekerja menggunakan Cuti Tahunan atau mengambil Cuti Tanpa Gaji,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Saravanan berkata, majikan boleh berbincang dengan pekerja dalam apa jua tindakan serta keputusan yang diambil demi kepentingan bersama.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) melalui talian 03-8886 2352, 03-8886 2409 atau 03-8888 9111.

Kosmo! pada 21 Oktober lalu melaporkan kira-kira sejuta pekerja sektor awam dan swasta di peringkat pengurusan dan pengawasan di kawasan zon merah diarahkan bekerja dari rumah bermula semalam.

Arahan itu akan membabitkan pekerja di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah yang dikenakan PKPB sehingga 27 Oktober ini. – K! ONLINE

POPULAR