fbpx

APM selamatkan kucing terperangkap di balkoni pangsapuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM Klang memanjat tangga untuk menyelamatkan seekor kucing jantan yang terperangkap di balkoni tingkat empat Pangsapuri Seri Jati, Setia Alam, semalam.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Seekor kucing jangan yang terperangkap di balkoni tingkat empat Pangsapuri Seri Jati, Setia Alam di sini, berjaya diselamatkan Angkatan Pertahanan Awam (APM), semalam.

Kejadian itu disedari seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang pelik melihat ketiadaan haiwan peliharaannya, kira-kira pukul 11 pagi.

Dia yang tinggal di tingkat tiga kemudian terkejut melihat kucing itu berada di balkoni rumah atas lalu menghubungi talian kecemasan untuk tindakan lanjut.

Ketua Sektor Operasi APM Klang, Leftenan (PA) Muhammad Najib Mohamad Isahak berkata, sepasukan lima anggota bergegas ke pangsapuri itu selepas menerima panggilan pukul 11.06 pagi.

Katanya, ketika kejadian tiada sesiapa berada di rumah itu dan menyukarkan pihaknya untuk menyelamatkan kucing tersebut.

“Berikutan itu, anggota kita terpaksa menggunakan tangga untuk memanjat ke balkoni yang menempatkan ruangan alat penghawa dingin.

“Operasi menyelamat dijalankan secara berwaspada berikutan berada di tingkat yang tinggi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Ujar Muhammad Najib, kucing itu berjaya dibawa turun dalam tempoh hampir 20 minit.

“Kucing yang tidak mengalami kecederaan itu kemudiannya diserahkan kepada wanita berkenaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI