fbpx

Terkejut lelaki terjun sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki dipercayai kurang siuman yang terjun ke dalam Sungai Kedah diselamatkan anggota bomba.

Oleh MOHD RAFIE AZIMI

ALOR SETAR – Tindakan seorang lelaki berusia 50 tahun terjun ke dalam Sungai Kedah dekat Tanjung Chali di sini mengejutkan orang ramai yang kemudian menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba I, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 4.12 petang tadi.

“Seramai lapan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian yang terletak hanya kira-kira dua kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja untuk menyelamatkan lelaki terbabit.

“Sebaik tiba, kami dapati lelaki itu yang sering berlegar di kawasan tersebut terjun dengan mengikat tali pada badan,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya mengambil masa kira-kira 11 minit untuk menaikkan lelaki terbabit ke darat dengan menggunakan tali penyelamatan dan jaket keselamatan.

“Selain bomba, pihak polis juga turut hadir ke lokasi kejadian,” ujarnya.

Tambahnya, lelaki yang dipercayai kurang siuman itu mendakwa terjun ke dalam sungai sekadar untuk mandi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI