fbpx

Bekalan air 94 peratus kawasan pulih sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sejumlah 94 peratus atau 1,208 kawasan telah menerima bekalan air sepenuhnya dari 1,292 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual sehingga pukul 3 petang hari ini.

Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) melalui laman Twitternya berkata, justeru itu sebanyak 84 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan di wilayah yang terjejas.

Memeperincikan peratusan mengikut wilayah Air Selangor berkata, status di Petaling ialah 99 peratus, Klang (83 peratus), Gombak (83 peratus), Kuala Lumpur (100 peratus), Hulu Selangor (100 peratus), Kuala Langat (75 peratus), dan Kuala Selangor (99.6 peratus).

Dalam pada itu Air Selangor berkata, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa di akaun rasmi Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawangnya di http://airselangor.com.

Kelmarin, loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas susulan pencemaran bau dikesan di Sungai Selangor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI