fbpx
Gosip percintaan Kamal Adli dan Uqasha Senrose semakin kuat bertebaran selepas digandingkan dalam drama Perempuan Tanpa Dosa.

Uqasha Senrose, Kamal Adli hadiri kursus kahwin di Kuantan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh NURFARHANA MOHAMED

KUALA LUMPUR – Gosip cinta antara pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose semakin kuat bertebaran lebih-lebih lagi apabila mereka digandingkan dalam drama Perempuan Tanpa Dosa.

Terbaharu, khabar angin me­ngenai hubungan pasangan itu didedahkan oleh pengarah Michael Ang dalam video yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam.

Menerusi video itu, Michael tanpa berselindung bertanya mengenai kursus kahwin yang khabarnya dihadiri oleh pasangan tersebut.

“Betul ke korang pergi kursus kahwin? Cepatlah mengaku. Be­tul ke tak?

“Korang pergi kursus kahwin sembunyi-sembunyi, dekat mana? Perlis? Kuantan?

“Orang suruh korang berlakon, korang pergi kursus kahwin. Siap dengan imam. Betul ke tak betul?” tanya pengarah itu di dalam video berkenaan.

Gambar Uqasha Senrose dan Kamal Adli yang didedahkan oleh Michael Ang dalam video di Instagramnya semalam.

Pun begitu, Kamal dan U­qasha yang kelihatan duduk berse­belahan di sofa menafikan soalan yang diajukan kepada mereka sambil bermain telefon bimbit.

Dalam pada itu, menerusi kap­syen Michael, lelaki itu memberitahu, dia bukan sengaja membuat gimik bagi tujuan pemasaran.

“Salam semua! Kamal Adli dan Uqasha Senrose pergi kursus kahwin dekat Kuantan! Gimik atau kisah benar! Rasa mana satu?

“Apa yang pasti anda semua kenal saya kan? Jarang buat gimik macam ini,” tulisnya.

Kamal dan Uqasha dikatakan mula akrab selepas membintangi drama Setelah Terlafaznya Akad arahan Michael.

Namun, apabila ditanya tentang sejauh manakah hubu­ngan mereka, pasangan tersebut masih mengunci mulut dan membuat penafian sedang bercinta.

POPULAR