fbpx

Pemasangan Meter Pintar TNB diteruskan sepanjang PKPB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemasangan Meter Pintar yang sedang diperluaskan di Cheras, Kuala Lumpur, Shah Alam, Putrajaya dan Cyberjaya berjalan seperti biasa sepanjang tempoh PKPB, mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

KUALA LUMPUR – Pemasangan Meter Pintar oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan terus berjalan seperti biasa sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) ini.

Pengarah Projek Advanced Metering Infrastructure (AMI) TNB, Ir. Mohamed Ghous Ahmad berkata, kerja-kerja pemasangan meter tersebut diteruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Sehingga kini, sebanyak 608,976 unit Meter Pintar telah dipasang di sekitar Lembah Klang dan Melaka.

“Sebagai salah satu operasi bisnes yang dibolehkan semasa PKPB, kerja-kerja pemasangan yang telah diperluaskan di Cheras, Kuala Lumpur, Shah Alam, Putrajaya dan Cyberjaya tetap diteruskan SOP yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, proses pemasangan yang hanya mengambil masa kira-kira 30 minit itu tertakluk kepada pematuhan rapi SOP seperti ditetapkan pihak berkuasa bagi membendung penularan wabak Covid 19.

Dalam pada itu Mohamed Ghous berkata, melalui pemasangan meter tersebut pengguna dapat menikmati kelebihan dalam mengawal corak penggunaan tenaga harian, mengurangkan pembaziran dan jejak karbon serta mengawal perbelanjaan bulanan.

“Meter Pintar membolehkan pelanggan TNB untuk memantau penggunaan elektrik secara harian menerusi portal (ww.mytnb.com.my) dan aplikasi myTNB yang boleh dimuat turun di Google Play, Apple App Store dan Huawei AppGallery.

“Selain boleh membayar bil elektrik secara dalam talian menerusi portal yang sama, mereka juga dapat menyemak bacaan bil bulanan mereka melalui portal dan aplikasi myTNB dengan kadar segera pada setiap tarikh kitaran bil,” ujarnya.

Katanya, pengguna akan menerima surat pemberitahuan pemasangan meter oleh TNB sebelum pemasangan Meter Pintar itu dibuat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI