fbpx

ILKKM, PKRC diaktifkan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN).-Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengaktifkan semula Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sungai Buloh dan Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) sebagai Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) bagi menempatkan pesakit Covid-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pembukaan semula itu susulan terdapat peningkatan jumlah kes positif Covid-19 khususnya di Selangor dan memerlukan kesiapsiagaan rapi bagi menampung pesakit dari negeri itu dan juga dari Kuala Lumpur, Putrajaya serta negeri berhampiran.

“Kes-kes Covid-19 tahap satu dan dua, tiga yang berisiko rendah diletakkan di ILKKM serta PKKN Sungai Buloh, manakala bagi pesakit di tahap empat dan lima (kritikal) diletakkan di Hospital Sungai Buloh yang telah digazetkan sebagai hospital Covid-19.

“Setakat ini, terdapat 274 pesakit positif Covid-19 ditempatkan di Hospital Sungai Buloh manakala Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) di ILKKM dan PKKN masing-masing seramai 44 dan 411 pesakit positif Covid-19 menerima rawatan di kedua-dua pusat itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Adham berkata, ILKKM dan PKKN boleh menampung seramai 1,200 pesakit dan kementerian pada masa sama telahpun menambah jumlah kakitangan perubatan daripada pelbagai peringkat sebagai persediaan awal.

Sementara itu, mengenai cadangan supaya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan di sesetengah kawasan di Selangor, Adham berkata, pihaknya sedang melihat perkara itu termasuk menilai sekiranya terdapat kawasan tertentu dengan jumlah kes yang tinggi.

“Selangor sekarang berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sekiranya ada pertambahan kes dan kawasan tertentu yang kita nilaikan risiko tinggi, kita akan cadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membuat keputusan.

“Sudah tentu MKN akan melihat risiko yang perlu diatasi dan mendapatkan langkah-langkah tepat dan terbaik sebelum ia dilaksanakan,” katanya.

Tambahnya, sehingga kini Kementerian Kesihatan menempatkan seramai 1,634 petugas kesihatan yang baharu di tempat-tempat yang memerlukan di seluruh negara untuk merawat pesakit Covid-19. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI