fbpx

Pencuri ditahan di wad susulan kontak rapat PUS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan ketika dirawat di wad ekoran menjadi kontak rapat pesakit Covid-19

KUALA LUMPUR – Seorang daripada dua lelaki tempatan yang diberkas ketika sedang mencuri motosikal di tempat letak kenderaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Sabtu lalu terpaksa ditahan di wad ekoran kontak rapat kepada individu yang memakai gelang merah jambu.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd. Zainuddin berkata, suspek berusia 19 tahun itu ditahan di wad susulan mempunyai simptom batuk dan demam selain suhu badannya mencecah 38.5 darjah Celsius.

“Siasatan lanjut suspek mengaku dia adalah kontak rapat kepada seorang pesakit di bawah pengawasan (PUS) yang menjalani perintah kuarantin di kawasan Projek Perumahan Rakyat Kerinchi.

“Suspek turut menjalani ujian saringan Covid-19 dan sedang menunggu keputusan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai tangkapan, Zairulnizam berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian curi motosikal itu pada 4.24 petang kelmarin.

Jelasnya, hasil siasatan mendapati dua suspek itu ditahan ketika sedang melarikan motosikal jenis Yamaha 125z milik polis bantuan PPUM.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek berusia 19 dan 26 tahun itu pihak polis menemui beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk mencuri motosikal termasuk pemutar skru dan sarung tangan.

“Berlaku pergelutan ketika tangkapan dibuat menyebabkan suspek berusia 26 tahun itu luka dibibir dan menerima rawatan unit kecemasan hospital berkenaan,” ujarnya.

Tambahnya, semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI