fbpx

TM R&D menang 2 anugerah iktiraf penyelesaian pintar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia Bhd. (TM) melalui cabang inovasinya, Telekom Research & Development Sdn. Bhd. (TM R&D) memenangi dua anugerah pada Anugerah Kecemerlangan Forum TM baru-baru ini.

Anugerah tersebut diberikan kepada penyelesaian inovatif TM R&D iaitu Sistem Pengurusan Air Pintar Bersepadu (SWIMS) bagi kategori Melangkaui Sambungan dan Kepintaran Buatan.

Syarikat juga menerima anugerah bagi penyelesaian Intelligent Network Diagnostic & Expert Advisory System for Service Desk (IDEAS+).

Ketua Pegawai Eksekutif TM R&D, Sharlene Thiagarajah berkata, pihaknya teruja apabila dua penyelesaian pintar yang dibangunkan secara dalaman, dilaksanakan dengan usaha sama Air Selangor dan juga mendapat sokongan daripada pelanggan kumpulan di TM.

“Kedua-duanya kini boleh didapati secara komersial di pe­ringkat domestik dan bersedia ke pasaran global.

“Kami percaya TM R&D berada di landasan yang tepat bagi menyokong aspirasi Digital Malaysia TM.

“Seterusnya, ia bakal memacu Malaysia menjadi sebuah negara digital,” katanya menerusi kenya­taan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Sejak 2007, Anugerah Kecemerlangan Forum TM mengiktiraf syarikat terkemuka dunia atas pencapaian inovatif merangkumi transformasi digital, ketangkasan perniagaan dan teknologi maklumat, mengutamakan pe­langgan, transformasi budaya dan perkhidmatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI