fbpx

Gagal turun Bukit Bendera akibat kejang kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA JBPM membantu mangsa yang mengalami kekejangan kaki ketika sedang cuba menuruni kawasan Bukit Bendera dengan menggunakan laluan Hutan Taman Rimba, Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Oleh SAFINA RAMLI

BALIK PULAU – Hasrat empat pemuda untuk menuruni kawasan Bukit Bendera di Ayer Hitam dekat sini dengan menggunakan laluan Hutan Taman Rimba, Teluk Bahang tidak kesampaian apabila salah seorang daripada mereka mengalami kekejangan kaki.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.48 petang itu, pihak bomba menerima panggilan daripada rakan mangsa yang memaklumkan mangsa berusia 30-an tidak dapat meneruskan perjalanan menuruni bukit akibat kejang kaki.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihak bomba telah menggerakkan anggota ke lokasi kejadian dan telah menemui mangsa dan rakan-rakannya.

“Mangsa dalam perjalanan untuk menuruni Bukit Bendera dengan menggunakan laluan Hutan Taman Rimba, Teluk Bahang.

“Mangsa telah mengalami kekejangan kaki dan pihak bomba telah memeriksa keadaan mangsa bagi memastikan mangsa dapat keluar daripada kawasan berkenaan dengan selamat,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap JBPM itu memaklumkan, operasi berkenaan masih berjalan dan pihak bomba akan membantu mangsa dan tiga rakannya untuk keluar daripada kawasan berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI