fbpx
AMSYAR LEE

Video tular: Tiru suara artis wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Siapa sangka seorang remaja lelaki yang dikenali sebagai Amsyar Lee tular selepas dia dikatakan mampu meniru suara milik beberapa artis wanita terkenal tanah air.

Bakat tersebut dikongsi Amsyar menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam akaun Twitternya pada Rabu lalu.

Video tular itu memaparkan Amsyar meniru suara Datuk Seri Siti Nurhaliza, Elizabeth Tan, Dayang Nurfaizah dan Jaclyn Victor dengan menyanyikan lagu-lagu mereka.

Rata-rata pengguna Twitter memuji kemampuan bakatnya, selain menyifatkan Amsyar sangat bertuah kerana memiliki keunikan tersebut.

Sekiranya dipejamkan mata, sesiapa sahaja pasti akan menyangka suara daripada video tersebut milik penyanyi asal. Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 300,000 tontonan, 23,900 ulang kicau serta 22,400 tanda suka.

BERITA BERKAITAN