fbpx

Ahli politik Brazil sorok duit rasuah celah punggung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RIO DE JANEIRO, Brazil –Seorang senator Brazil yang juga sekutu Presiden Jair Bolsonaro didapati menyembunyikan wang di dalam seluar dalamnya semasa polis menyiasat penyelewengan dana awam yang diagihkan bagi memerangi koronavirus, lapor media tempatan kelmarin.

Anggota-anggota polis menyerbu kediaman senator berkenaan, Chico Rodrigues di negeri Roraima, utara Brazil pada Rabu lepas sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah.

Mereka menemui wang tunai 30,000 real (RM22,018) dalam seluar dalam Rodrigues termasuk “di celah punggungnya”, demikian menurut laporan akhbar utama termasuk O Globo, Folha de S. Paulo dan Estadao yang memetik sumber polis.

Polis persekutuan mengesahkan kepada agensi berita AFP bahawa mereka cuba membanteras komplot penyelewengan dana awam bagi memerangi wabak Covid-19 di negeri Roraima.

Rodrigues sementara itu mengakui bahawa beliau menjadi sasaran siasatan polis tetapi tidak menyebut tentang wang tunai atau di mana wang itu ditemui.

Lelaki itu kecewa kediamannya diceroboh polis hanya kerana beliau melakukan tugas sebagai seorang wakil rakyat. Beliau juga menafikan melakukan sebarang kesalahan.

Dalam perkembangan berkaitan, Bolsonaro me­nuduh pihak media menggunakan berita tersebut untuk memaparkan bahawa kerajaannya adalah korup.

Bolsonaro dipilih sebagai Presiden Brazil selepas memenangi pilihan raya 2018. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI