fbpx

161 murid, pelajar disaring Covid-19 secara pandu lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LANGAT – Seramai 161 murid dan pelajar dua buah sekolah di Sungai Manggis, di sini selesai melalui ujian saringan Covid-19 secara pandu lalu hari ini.

Ujian saringan bermula pukul 9 pagi itu melibatkan 79 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Manggis dan 82 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Manggis.

Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Langat, Dr. Wan Ahmad Razman Wan Abd. Salim berkata, saringan dilakukan di dua buah sekolah itu secara pandu lalu melalui kaunter ujian sapu yang disediakan di lokaliti terbabit.

“Ujian saringan susulan beberapa kes Covid-19 yang dilaporkan di kawasan Sungai Manggis (Kluster Bah Manggis).

“Keputusan ujian saringan dijangka diperoleh dalam masa dua hingga tiga hari,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah beliau, pihaknya akan membuat langkah susulan dan jadual saringan di tempat yang akan ditentuian kepada murid dan pelajar yang gagal hadir untuk ujian saringan hari ini.

Wan Ahmad Razman turut mengesa masyarakat agar patuh prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Orang ramai dinasihatkan mengelakkan 3S iaitu tempat sempit, sesak dan sembang dekat serta mengamalkan 3W meliputi cuci tangan, memakai pakai pelitup muka dan elakkan bersentuhan dan beretika ketika batuk dan bersin,” katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini dipetik berkata terdapat enam kluster baharu Covid-19 dikesan iaitu empat dikesan di Selangor dan masing-masing satu di Sabah dan Sarawak.

Ini termasuk Kluster Bah Manggis membabitkan dua daerah Tawau, Sabah dan daerah Kuala Langat, Selangor. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI