fbpx

PKPB: SK Dalam Wang di Kampung Che Mas ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekolah Kebangsaan Dalam Wang di Kampung Padang Che Mas, Baling, Kedah akan ditutup sehingga 31 Oktober depan selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di lokaliti itu.

PUTRAJAYA – Sekolah Kebangsaan Dalam Wang yang terletak di Kampung Padang Che Mas, Baling, Kedah akan ditutup sehingga 31 Oktober depan selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di lokaliti itu

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, penutupan sekolah tersebut melibatkan seramai 22 orang guru dan anggota kumpulan pelaksana serta 214 orang murid.

“Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pentadbir sekolah diarah untuk memastikan guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah,” katanya di sini hari ini.

Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI