fbpx
Seorang petugas JBPM melakukan sanitasi di Pasar Awam Presint 8, Putrajaya.

JBPM laksana operasi sanitasi di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh SUBKHI SUDARJI

PUTRAJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menjalankan 14 operasi sanitasi membabitkan premis agensi kerajaan dan swasta serta sekolah di sekitar Putrajaya sebagai langkah membendung penularan Covid-19.

Timbalan Penguasa JBPM, Che Shaari Abdullah berkata, operasi sanitasi bermula 28 September sehingga semalam berdasarkan permintaan daripada agensi terbabit.

“Sebanyak 14 operasi membabitkan agensi kerajaan dan swasta serta penduduk setempat telah kita lakukan berdasarkan permintaan pihak-pihak terbabit.

“Ini adalah langkah sebagaimana yang disarankan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan JBPM yang mengendalikan sanitasi awam dalam bentuk pencegahan awal,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai operasi sanitasi awam di Pasar Awam Presint 8 di sini hari ini.

Che Saari yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya berkata, operasi sanitasi yang dilakukan hari ini dilakukan 46 petugas terdiri daripada anggota JBPM selain turut mendapat kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj).

“Operasi ini dilaksanakan selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan dipilih Jabatan Kesihatan Daerah Putrajaya untuk kita lakukan pencegahan.

“Pasar-pasar awam lain akan diputuskan PPj dan kita akan lakukan secara berterusan serta menyeluruh,” katanya. – K! ONLINE

POPULAR