fbpx
Siti Rohani (kanan) menerima tongkat kuasa sebagai Pengarah JBPM Johor sambil disaksikan Abdul Wahab (tengah).

JPBM lantik seorang lagi pegawai kanan bomba wanita terajui negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terus memberi kepercayaan kepada anggota bomba wanita apabila seorang lagi pegawai kanannya dilantik menerajui negeri.

Terbaharu, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (PKPjB), Siti Rohani Nadir, 52, dilantik sebagai Pengarah JBPM Johor berkuatkuasa 2 Mei lalu.

Siti Rohani adalah pegawai kanan bomba wanita kedua dilantik sebagai pengarah negeri selepas PKPjB Sayani Saidon yang kini menjawat Pengarah JBPM Perak.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, pelantikan Siti Rohani juga telah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Beliau berkata, pihaknya akui cabaran pasti menanti Siti Rohani memandangkan Johor sebuah negeri yang besar dan membangun malah, JBPM Johor juga tidak pernah diterajui oleh pegawai kanan bomba wanita.

“Alhamdulillah, Siti Rohani juga bangsa Johor dan kami yakin dengan kebolehannya untuk memimpin JBPM Johor.

“Siti Rohani pernah memimpin Bahagian Keselamatan Kebakaran di Ibu Pejabat JBPM dan pengalaman itu akan digunakan sepenuhnya nanti,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Nota Serah Tugas Pengarah Bomba Negeri, di sini hari ini.

Katanya, pelantikan anggota kanan bomba wanita ke jawatan tertinggi dibuat secara teliti dan berdasarkan daya kepimpinan dan kebolehan mereka sendiri.

Abdul Wahab berkata, pihaknya akan terus memberi peluang kepada pegawai dan anggota bomba wanita untuk menjawat jawatan tinggi dalam jabatan jika mereka berkebolehan dan mampu memimpin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN