fbpx

‘Drama’ usung suspek di luar Mahkamah Majistret Bachok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis terpaksa mengusung suspek yang enggan turun dari kereta peronda di Mahkamah Majistret Bachok semalam.

BACHOK – Enam anggota Polis terpaksa mengusung seorang suspek ke Mahkamah Majistret di sini selepas dia enggan turun dari kereta peronda ketika dibawa untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan kes pembunuhan bayi lelakinya semalam.

Tindakan itu dilakukan selepas pekebun berusia 40 tahun tersebut enggan mengikut arahan polis walaupun telah dipujuk selama 10 minit.

Lebih ‘drama’ apabila suspek yang tiba pada pukul 9.20 pagi membaca pelbagai surah al-Quran dengan alasan untuk berdoa sebagai pendinding diri.

Difahamkan, dia disyaki me­ngalami masalah mental. Mahkamah kemudian meme­rintahkan suspek direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu polis menjalankan siasatan kes pembunuhan bayi lelaki yang berusia lapan bulan di Kampung Sungai Dua di sini kelmarin.

Perintah reman sehingga Selasa depan itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Dinie Shazwan Ab. Shukor selepas mende­ngar permohonan daripada pihak
polis.

Perintah reman dikeluarkan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Ke­seksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI