fbpx

KPM keluarkan soalan lazim (FAQ) kepada ibu bapa dan pelajar sepanjang PKPB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan tiga pautan Soalan Lazim (FAQ) sebagai panduan kepada ibu bapa, pelajar dan orang awam sepanjang pelaksanaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, KPM memaklumkan FAQ berkenaan boleh dimuat turun melalui portal rasmi KPM iaitu www.moe.gov.my.

Menurutnya, FAQ berkenaan adalah berkaitan penutupan sekolah dan institusi pendidikan di bawah KPM.

“KPM berharap FAQ ini dapat menbantu memberi penjelasan terhadap persoalan dan kekeliruan yang mungkin timbul berikutan penutupan sekolah dan institusi pendidikan yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagi penutupan institusi pendidikan berikutan PKPB dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), FAQ mengenainya boleh dimuat turun menerusi pautan, https://www.moe.gov.my/soalan-lazim-menu/covid-19/faq-tutup-ip-pkpb-pkpd.

Selain itu, bagi yang ingin mendapatkan FAQ mengenai penutupan sekolah dan institusi pendidikan di kawasan zon merah, boleh muat turun pautan,  https://www.moe.gov.my/soalan-lazim-menu/covid-19/faq-tutup-sekolah-ip-di-zon-merah.

Sementara itu, bagi FAQ berkaitan penutupan sekolah dan institusi pendidikan yang mempunyai kes positif Covid-19, boleh muat turun pautan,  https://www.moe.gov.my/soalan-lazim-menu/covid-19/faq-tutup-sekolah-ip-kes-positif-covid19.

Bermula hari ini, seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya terbabit dengan arahan pelaksanaan PKPB selama 14 hari sehingga 27 Oktober ini.

Selain itu, PKPB turut dilaksanakan di seluruh Sabah bermula semalam sehingga 26 Oktober ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI