fbpx

SMSR terima pembiayaan RM3 juta daripada PMB Tijari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Shukran (kiri) pada majlis penyerahan bot penyelamat bagi kegunaan Angkatan Pertahanan Awam di Lumut, Perak semalam.

KUALA LUMPUR – SMSR Resources Sdn.  Bhd. (SMSR) telah mendapat pembiayaan kewangan dari PMB Tijari Bhd. (PMB Tijari) berjumlah RM3 juta.

Dana tersebut bertujuan untuk  pembekalan, penghantaran, pengujian, dan penyelenggaraan hampir 400 unit bot penyelamat  gentian kaca termasuk trailer penarik bagi kegunaan Angkatan Pertahanan Awam (APM). 

Pengarah SMSR, Syed Shukran Syed Muhamad berkata, bot-bot penyelamat gentian kaca ini akan dimanfaatkan di seluruh negeri termasuk di Sabah dan  Sarawak untuk kegunaan semasa bencana banjir atau sebarang kecemasan lain yang  memerlukan sokongan bot. 

“Sebanyak 285 bot penyelamat telah  dihantar ke APM seluruh negara sejak awal 2018 dan hari ini sebanyak 106 bot penyelamat di  serahkan sebagai penutup kepada projek ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Selain itu, mengulas lanjut, Ketua Pegawai Eksekutif PMB Tijari,   Wan Sazriz Wan Zaid berkata, syarikat memberi tumpuan untuk  memperkasakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam pelbagai sektor melalui  penyelesaian kewangan patuh shariah bagi pasaran domestik sehingga ke peringkat global.  

Jelas beliau, sehingga September lalu, PMB Tijari membiayai beberapa sektor utama iaitu pengangkutan,  minyak, gas & tenaga, teknologi & maklumat, serta sektor kesihatan. 

“Sektor pengangkutan  merupakan jumlah peratusan pembiayaan terbesar iaitu hampir 70 peratus bagi keseluruhan  nilai pembiayaan,” ujarnya.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI