fbpx

Nazihah Hanis janji bangkit tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAZIHAH HANIS berharap akan bersaing semula dalam Divisyen Premier selepas muncul juara Divisyen Satu Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2020 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu.

KEJAYAAN menjuarai Divisyen Satu Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2020 membakar semangat Nazihah Hanis Abd. Razak untuk bersaing semula dalam Divisyen Premier tahun depan.

Nazihah, 23, menewaskan pilihan pertama kategori Divisyen Satu, Aika Azman 3-1 dengan keputusan 7-11, 13-11, 11-8, 11-6 pada aksi final di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu.

Pemain Kedah itu gembira berjaya mencapai sasarannya untuk bertanding dalam saingan Divisyen Satu kerana meragui kemampuan dirinya selepas berbulan-bulan lamanya melupakan seketika sukan tersebut.

“Ini kali pertama saya beraksi dalam Divisyen Satu. Saya tidak yakin dengan permainan sendiri selepas berehat lima hingga enam bulan kerana Covid-19.

“Sekarang, saya dapat lihat ada peningkatan prestasi walaupun berlatih sebulan sahaja berban­ding pemain-pemain lain.

“Alhamdulillah, sasaran saya tercapai untuk muncul juara. Saya harap tahun depan dapat meraih sesuatu dalam saingan di Divisyen Premier,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Sebagai rekod, Nazihah me­rupakan sebahagian daripada skuad berpasukan campuran negara yang melakar sejarah menjuarai Kejohanan Skuasy Universiti Dunia 2016.

Bekas pemain remaja negara itu juga berjaya menjuarai pingat gangsa kategori perseorangan wanita pada Kejohanan Skuasy Universiti Dunia yang berlangsung di Kuala Lumpur itu empat tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI