fbpx

LHDN galak kemuka permohonan BPN 2.0 secara online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Pemohon baharu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 terutama di kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) digalakkan membuat permohonan secara online.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan berkata, permohonan baharu boleh dibuat mulai 15 Oktober sehingga 15 November depan.

“Permohonan online lebih digalakkan buat masa ini bagi memastikan rantaian penularan wabak Covid-19 dapat diputuskan

“Penerima BPN sedia ada tidak perlu mengemukakan permohonan semula sekiranya telah menerima bayaran sebelum ini,” katanya hari ini.

Pemohon baharu BPN 2.0 boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPN di https://bpn.hasil.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan tersebut.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my.

Kosmo! 24 September lalu melaporkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian BPN 2.0 kepada 10.6 juta isi rakyat meliputi peruntukan sebanyak RM7 bilion yang akan disalurkan secara berfasa mulai hujung Oktober depan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI