fbpx

Buruh didenda RM10,000, penjara 6 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Chean Weng dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan dan denda RM10,000 selepas mengaku salah menggodam aplikasi kad tambah nilai pada September lalu. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggodam aplikasi kad nilai tambah Touch ‘n go, bulan lalu.

Majistret Mohd. Zaki Abd. Rahman menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Choy Chean Weng, 31, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa mandarin.

Mahkamah turut memerintahkan penjara 10 bulan sekiranya tertuduh tidak membayar denda terbabit.

Mengikut kertas pertuduhan, Chean Weng didakwa melakukan capaian tanpa kuasa dalam menyalahgunakan harta dengan curang iaitu menggodam aplikasi Touch ‘n go dengan mendaftarkan kad seorang pelanggan lain kepada akaun miliknya dan melakukan tuntutan baki wang tunai RM1,055.11.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah plaza tol di Taman Perling di sini pada pukul 11 pagi, 10 September 2020.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Jenayah Komputer 1997 yang memperuntukan denda maksimum RM150,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Chan Choon Yew manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Chean Weng membuat rayuan meminta mahkamah mengenakan hukuman yang minimum dengan memberi alasan berpendapatan bulanan bawah RM3,000 serta menanggung keluarga.

Zaki kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dari tarikh tertuduh ditangkap pada 5 Oktober lalu dan denda RM10,000.

Makamah turut memerintahkan penjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda dan hukuman itu berjalan serentak.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI