fbpx

Empat lagi sekolah di Kedah diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SMK Sultanah Asma diarah tutup selama tujuh hari bermula hari ini susulan jangkitan Covid-19 dalam kalangan warga sekolah tersebut.

Oleh JAMLIAH ABDULLAH

ALOR SETAR – Empat lagi sekolah di negeri ini diarah tutup selama tujuh hari bermula hari ini dan esok akibat jangkitan Covid-19 dalam kalangan pelajar dan gurunya.

Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Gelam dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Asma di sini ditutup bermula hari ini hingga 18 Oktober manakala penutupan SK Dalam Wang dan SK Kuala Ketil di Baling dekat sini bermula esok hingga 19 Oktober ini.

Surat arahan penutupan empat sekolah tersebut yang bertarikh semalam dan hari ini itu dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah kepada guru besar dan pengetua sekolah terlibat.

Surat berkenaan memaklumkan penutupan sementara sekolah adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi dijalankan.

JPN dalam surat itu juga meminta guru besar dan pengetua memastikan semua guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di rumah berdasarkan kesesuaian serta keupayaan akses kepada komunikasi pelajar sepanjang tempoh penutupan sekolah.

Difahamkan, hampir 2,000 pelajar terlibat dalam penutupan empat sekolah tersebut.

Sementara itu, Exco Pendidikan negeri, Datuk Najmi Ahmad berkata, JPN telah menggariskan beberapa kaedah PdP kepada pelajar.

“Pertamanya, para guru menyediakan bahan kemudian diletakkan di satu tempat khas yang disediakan sekolah.

“Waris yang hadir akan dipastikan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan pelajar tidak dibenarkan hadir bersama waris,” katanya.

Ujarnya, kaedah kedua adalah PdP secara dalam talian yang mana ia menjadi kaedah diterima pakai dan dilaksanakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan yang lepas.

“Bagaimanapun saya mencadangkan agar sesi PdP pelajar sepanjang tujuh hari sekolah ditutup ialah melalui kaedah dalam talian sepenuhnya.

“Ini dapat meringankan beban para waris, mereka tidak lagi perlu ke sekolah dalam tempoh penutupan sekolah,” tambahnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI