fbpx
JESSI

Jessi bergaduh kerana isu rasis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMBESAR dan bersekolah di Amerika Syarikat, penyanyi seksi Jessi mengakui tempoh tersebut bukanlah satu perkara yang mudah untuk dijalani.

Tampil menerusi program Problem Child in House, penyanyi rap itu berbicara tentang pengalamannya membesar di sana sehingga pernah diejek dan berdepan isu rasis.

Antaranya, rakan sekelas Jessi pernah membuat aksi menarik hujung mata untuk kelihatan sepet. Tidak tahan dengan gurauan kasar sebegitu, dia hilang pertimbangan sehingga menterbalikkan meja dan membaling buku ke wajah rakan sekelasnya itu.

Pelantun lagu Nunu Nana itu berkata, pada akhirnya dia yang kelihatan bersalah dan dimarahi oleh guru. Kecewa dibuli sebegitu rupa, Jessi keluar dari kelas dan menangis sepuas hati.

Dua tahun lalu, dia juga pernah berkongsi pengalaman serupa apabila dibuli selama empat tahun oleh seorang lelaki ketika menetap di negara Uncle Sam itu.

Selepas tidak tahan menerima layanan rasis, Jessi berkata, perasaan itu bertukar amarah sehingga mencetuskan pergaduhan.

“Selepas kejadian itu, dia tidak lagi mengganggu saya. Keganasan bukan jawapan terbaik, tetapi kita perlu bersuara untuk menunjukkan keberanian,” ujarnya.

BERITA BERKAITAN