fbpx

Belgium tempang bertemu England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COURTOIS tidak dapat diturunkan pada aksi menentang England ekoran masalah kecederaan. – AFP

LONDON – Kem pasukan Belgium sedikit tempang selepas beberapa pemain utama dilanda kecederaan seperti Jan Vertonghen dan Thibaut Courtois menjelang pertemuan menentang England dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah di Stadium Wembley awal pagi esok.

Sebagai rekod, khidmat Courtois sememangnya tidak dapat digunakan dan diarahkan kembali ke kelab yang diwakili­nya, Real Madrid selepas me­ngalami kecederaan yang memerlukan rawatan susulan.

Sementara itu, Vertonghen pula mengalami kecederaan ketika mewakili pasukan baharunya, Benfica bulan lalu tetapi diarahkan untuk melaporkan diri dalam skuad Belgium pada aksi antarabangsa bulan ini.

“Pegawai perubatan kami mengesahkan Vertonghen mungkin sempat cergas untuk mengharungi aksi menentang England dan pasukan sememang­nya mengharapkan kelibatnya bagi menguatkan benteng pertahanan pasukan,” kata ketua jurulatih Belgium, Roberto Martinez.

Vertonghen yang telah membuat 120 kemunculan antarabangsa bersama The Red Devils terpaksa disisihkan ketika pasukan seri 1-1 menentang Ivory Coast dalam aksi persahabatan, awal pagi Jumaat lepas.

Martinez pula dijangka menyenaraikan bekas penjaga gol pasukan Liverpool, Simon Mignolet sebagai pengganti kepada Courtois dalam kesebelasan utama menentang skuad The Three Lions yang dikendalikan oleh Gareth Southgate itu.

Selain England, aksi Liga Negara-Negara peringkat Kumpulan B itu turut dihuni oleh Denmark dan Iceland. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI