fbpx

Sabah salur bantuan makanan RM2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hajiji Noor.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Bantuan makanan bernilai RM2 juta disalurkan kerajaan negeri bagi setiap daerah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu Kota Kinabalu; Tuaran; Papar; Sandakan; Penampang dan Putatan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bantuan akan disalurkan menerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di daerah terlibat.

Katanya, proses pengagihan pula bakal dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Kesihatan Sabah dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS).

“Kita sedar pelaksanaan PKPB di daerah yang diisytiharkan sebagai kawasan zon merah memberi kesan besar serta menjejaskan kehidupan penduduk di kawasan terbabit.

“Oleh itu, kita mengambil pendekatan ini agar dapat meringankan beban rakyat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, kerajaan Sabah sebelum ini turut memperuntukkan RM10 juta untuk bantuan penduduk terjejas di Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu yang lebih awal dikenakan PKPB.

Sementara itu, Hajiji berkata, kerajaan negeri turut bersetuju untuk menangguhkan operasi serta aktiviti perdagangan tukar barang atau ‘barter trade’ di negeri ini bermula 12 Oktober sebagai langkah membendung penularan wabak Covid-19.

Menurutnya, sistem ‘barter trade telah digunakan dalam urusan perdagangan antara selatan Filipina dan Indonesia dengan peniaga dari negeri ini yang berpangkalan di Sandakan dan Tawau.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI