fbpx

Murid tahun 6 maut digilis lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga menangis selepas Abang Muhammad Haizad maut dilanggar lori dalam kejadian di Jalan Rekamas 2, Simpang Renggam, Kluang, semalam. Foto IHSAN POLIS

Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

KLUANG – Kanak-kanak lelaki berusia 12 maut selepas dilanggar lori seberat satu tan dalam kejadian di Jalan Rekamas 2, Simpang Renggam, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa dikenali sebagai, Abang Muhammad Haizad Abang Thimbone maut serta merta di lokasi akibat kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, kejadian itu berlaku selepas mangsa terjatuh daripada basikalnya sebelum dilanggar sebuah lori yang melalui jalan yang sama, yang mana pemandunya tidak menyedari telah melanggar mangsa.

“Sebaik menyedari yang telah melanggar sesuatu, pemandu lori berkenaan memberhentikan kenderaannya kira-kira 15 meter daripada kanak-kanak tersebut terbaring.

“Hasil siasatan mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan,” katanya.

Jelasnya, lori dan pemandu ditahan sementara siasatan dijalankan, serta kes disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI