fbpx

Penghantar notis maut kereta bertembung lori tangki muatan petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta dipandu mangsa remuk teruk selepas bertembung dengan sebuah lori tangki di Kilometer 24 Jalan Temerloh-Bahau di Bera, semalam.

ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

BERA – Seorang penghantar notis Jabatan Tanah dan Galian Temerloh maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori tangki membawa muatan petrol di Kilometer 24 Jalan Temerloh-Bahau di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 5.05 petang itu menyebabkan mangsa, Mohamad Noor Ikhwan Mohd. Zaimi,24, tersepit dalam keretanya yang remuk teruk.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mansor Samsudin berkata, semasa kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Temerloh ke Bahau.

“Apabila sampai di tempat kejadian tiba-tiba kereta dipandu mangsa dipercayai terbabas dan masuk ke kelaluan bertentangan dan melanggar bahagian hadapan sebelah kanan lori.

“Akibat kejadian mangsa telah tersepit dalam kenderaannya dan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca kecuaian pemandu kereta yang hilang kawalan lalu terbabas masuk kelaluan bertentangan.

“Berdasarkan siasatan juga mendapatu keadaan jalan adalah lurus dan semasa kejadian permukaan jalan kering dan cuaca baik,”ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI