fbpx

Polis Kelantan lupus dadah lebih RM500,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien (tengah) menunjukkan pelbagai jenis dadah yang akan dilupuskan pada sidang akhbar pelupusan barang kes narkotik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini. - Foto oleh ZULHANIFA SIDEK

Oleh ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Polis Kelantan melupuskan barang kes membabitkan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM500,000 yang telah selesai prosedur mahkamah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafein Mamat berkata, barang kes itu terdiri daripada dadah jenis heroin, syabu, ketum dan pil kuda.

Katanya, dadah jenis heroin merupakan yang paling banyak dilupuskan pada kali ini dengan melibatkan sebanyak 414 gram (g) dengan anggaran RM104,000 berdasarkan harga pasaran tempatan.

“Selain itu, kita juga melupuskan seberat 247 g syabu yang bernilai RM22,361, pil kuda 7,057 g (RM173,000) dan 498,979 liter air ketum (RM7,008).

“Kesemua barang kes yang dilupuskan itu terdiri daripada dadah dari tahun 2000 hingga 2017. Daerah Kota Bharu mencatatkan bilangan rampasan yang paling banyak diikuti dengan Pasir Mas,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Shafien, polis akan terus mengesan pembekal dan pengedar malah tidak mahu menjadikan negeri ini sebagai tempat selain laluan transit dadah.

Menurutnya, banyak lagi barang kes yang sedang dalam proses mahkamah dan akan dilupuskan secara berperingkat.

Sehubungan itu, Shafein meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi segera Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri dan balai berdekatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI