fbpx

Hampir 40 tahun dadah masih musuh No. 1 negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MEREKA yang lahir pada tahun 80-an akan melalui pengalaman melukis serta mewarna poster berkenaan amaran penyalahgunaan dadah.

Sekitar tahun 90-an golongan ini berada di sekolah rendah dan sekolah menengah. Seingat penulis kalau disuruh melukis, antara poster yang popular adalah gambar tengkorak dengan lilin di atas kepala.

Mesejnya jelas, dadah pembunuh, dadah berbahaya dan dadah musuh nombor satu negara.

Ini adalah salah satu usaha, pendekatan atau pendidikan pencegahan bermula dari peringkat bangku sekolah lagi.

Penguatkuasaan undang-undang terutama melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijalankan tanpa henti.

Namun, sejak bahan terlarang itu menjadi musuh nombor satu negara pada 1983, penyalahgunaannya tetap berleluasa.

Jika seorang bayi lahir pada tahun 1983, dia kini kurang setahun sahaja daripada memasuki usia 40 tahun. Perang terhadap dadah tetap tidak pernah berhenti.

Dahulu perangnya melawan dadah tradisional seperti ganja dan heroin. Kini, trend penagihan melibatkan dadah sintetik atau tiruan dalam bentuk pil, kristal atau hablur.

Kesan penggunaan dua kategori dadah ini juga berbeza. Dadah tradisional mengakibatkan masalah ketagihan selain penggunanya menjadi tidak produktif serta selekeh.

Dadah jenis baharu ini memberikan kesan negatif seperti berhalusinasi, delusi sehingga penagihnya menjadi tidak waras serta hilang pertimbangan. Penagih dadah sintetik juga cenderung terlibat jenayah lain sehingga menjadi pembunuh.

Rawatan terhadap penagihan ini juga sukar berikutan penggunanya sudah terjebak sejak usia remaja. Bagi kesalahan pertama, penggunaan dadah selalunya akan didenda.

Sebaik membayar denda, pelaku akan dilepaskan. Peratusan golongan muda untuk kembali menagih juga tinggi apabila dia kembali berkawan dengan golongan kaki mat gian.

Segelintir daripada golongan ini pada mulanya mengambil dadah sintetik dengan alasan untuk stimulan atau ‘booster’ bagi melakukan pekerjaan berat.

Mereka kemudiannya mulai ketagihan sekali gus hidup mereka bergantung kepada dadah.

Menurut pendedahan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay kepada Kosmo! menunjukkan gejala penagihan ini berada pada tahap ‘membarah’ apabila setiap hari terdapat 17 penagih baharu dikesan di seluruh negara.

Situasi ini bukan lagi mudah seperti melukis poster tengkorak dan lilin kira-kira 40 tahun lalu.

Ini adalah tugas berat yang dipikul PDRM. Juga peranan besar yang perlu dimainkan setiap lapisan masyarakat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI