fbpx

Pemilik klinik swasta di Kota Bharu jual sijil vaksin palsu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menahan empat individu selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pemalsuan sijil palsu yang menawarkan harga RM180 untuk setiap suntikan di sebuah klinik swasta di sini kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, keempat-empat suspek yang berusia dalam lingkungan pertengahan 30-an hingga awal 60-an itu dipercayai terdiri daripada tiga pembeli kad  vaksinasi dan seorang pemilik klinik terbabit.

Menurutnya, IPK Kelantan menerima laporan polis mengenai pengeluaran kad vaksinasi disyaki palsu kira-kira pukul 11.19 pagi kelmarin.

“Berdasarkan laporan itu, JKNK telah menerima empat aduan daripada sumber berbeza berkenaan pengeluaran kad vaksinasi disyaki palsu oleh sebuah klinik swasta di daerah ini antara 1 Oktober hingga 11 Januari lalu.

“Siasatan mendapati, klinik tersebut menawarkan perkhidmatan suntikan vaksin dengan caj RM180 setiap suntikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shafien, semakan lanjut oleh pihak JKNK mendapati, empat individu yang dikatakan telah menerima vaksin tersebut tiada rekod vaksinasi di dalam aplikasi MySejahtera mereka.

Ujarnya, semasa serbuan dijalankan, polis turut merampas kad vaksinasi beserta lain-lain dokumen yang berkaitan.

Tambahnya, sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan pemalsuan sijil vaksinasi diminta untuk tampil membuat laporan di balai polis berhampiran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI