fbpx

Lee Min-ho miliki 20 juta pengikut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE MIN-HO

Aktor popular Lee Min Ho mencatat sejarah apabila menjadi artis Korea Selatan pertama yang memiliki pengikut sebanyak 20 juta dalam media sosial Facebook dan Instagram.

Terdahulu, pelakon drama The King: Enternal Monarch itu telah berkongsi gambar menunjukkan dirinya meraikan kejayaan memiliki 20 juta pengikut Facebook.

Pada awal Oktober, Min Ho menyambut kejayaannya memiliki 20 juta pengikut Instagram, 28.63 juta pengikut dalam Weibo.

Dia menjadi antara artis Korea Selatan yang meraih kejayaan cemerlang sejak muncul dalam industri sekitar tahun 2003.

Min-ho juga menduduki tangga ketiga Artis Asia Paling Menarik menerusi senarai 100 Selebriti Asia Paling Menarik King Choice dengan mendapat 100 juta undian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI