fbpx

Kapsul baja organik dari Thailand dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kapsul baja organik yang dirampas Maqis Pulau Pinang di Bukit Mertajam semalam.

SEBERANG PERAI – Tindakan seorang wanita membeli baja organik dari Thailand tanpa permit yang sah mengundang padah apabila barangan tersebut dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri ketika pemeriksaan di sebuah pejabat pos di Bukit Mertajam di sini semalam.

Rampasan itu dibuat hasil pemeriksaan Maqis dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia kira-kira pukul 8.40 pagi.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, usaha membawa masuk produk dalam bentuk kapsul tersebut digagalkan pihaknya selepas ia didapati tidak mempunyai sebarang dokumen dan permit import yang dikeluarkan pihaknya.

“Kita merampas sebanyak 233 paket kapsul termasuklah 176 paket kapsul berwarna merah, (23) biru dan putih, (17) hijau dan putih serta (17) merah dan putih.

“Baja 100 peratus organik itu yang dianggarkan bernilai RM2,860.90 ditemui dalam beberapa jenis kapsul yang diletak dalam beberapa bungkusan berlainan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Zarina berkata, siasatan mendapati barangan tersebut adalah miliki seorang wanita tempatan berusia 30-an.

“Dia membelinya secara online dari Thailand dan baja itu adalah dipercayai bagi kegunaan tanaman,” katanya lagi.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI