fbpx

Henti sebar maklumat sekatan jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Infografik dan gambarajah berkaitan sekatan jalan raya yang tersebar menerusi laman sosial media di sini pagi tadi.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang meminta orang ramai menghentikan penyebaran maklumat berkaitan sekatan jalan raya (lock down) di sekitar kawasan Penjara Reman Pulau Pinang di sini hari ini.

Penularan maklumat berkaitan empat sekatan jalan raya itu mula tersebar pagi tadi menerusi laman sosial media Facebook dan WhatsApp dengan gambarajah dan info grafik lengkap mengenai lokasi sekatan polis.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi Kosmo! berkata, pihaknya menafikan penyebaran maklumat berkaitan sekatan jalan raya tersebut.

“Henti sebar maklumat yang tidak tepat. Tiada sebarang sekatan jalan raya yang dilaksanakan termasuk infografik daripada pihak polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, berlaku kesesakan jalan raya di sekitar pusat bandar George Town termasuk di Jalan Utama berdekatan Hospital Pulau Pinang dan Penjara Reman Pulau Pinang kira-kira pukul 8 pagi tadi berikutan hujan lebat dari malam semalam.

Selain itu, terdapat juga beberapa anggota polis bertugas mengawal lalu lintas bagi melancarkan laluan trafik di beberapa kawasan terbabit.

Selasa lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Noor Hisham Abdullah mengesahkan seorang lelaki berusia 85 tahun itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang, warga emas tersebut turut mempunyai penyakit darah tinggi dan kesihatan mental.

Mangsa lelaki tersebut merupakan banduan di Penjara Reman Pulau Pinang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI