fbpx

Karier sempurna Benzema di Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENZEMA berjaya mengumpul 250 gol dalam 571 penampilan sepanjang 12 musim bersama Real. – AFP

MADRID – Penggempur utama Real Madrid, Karim Benzema muncul antara penyerang yang sempurna dalam era bola sepak moden apabila mengumpul 250 gol bersama pasukan itu.

Kejayaan meledak dua gol ketika The Galacticos menewaskan Levante 2-0 menyaksikan dia berjaya mengumpul jumlah gol berkenaan bersama pasukan itu.

Bagaimanapun, Benzema mengakui dalam era bola sepak moden, seorang penyerang tidak hanya bertanggungjawab menjaringkan gol tetapi turut perlu membantu rakan sepasukan dengan melakukan umpanan.

“Saya berasa sangat gembira dan bangga kerana berjaya menjaringkan jumlah gol berkenaan di sini serta mencapai kejayaan yang diinginkan pasukan ini.

“Orang mungkin melihat bola sepak dengan cara yang berbeza dan ramai yang hanya memberikan perhatian kepada jaringan yang dilakukan tetapi perkara yang lebih penting adalah gerakan dan hantaran yang dilakukan,” katanya.

Benzema muncul sebagai pemain kelima Real Madrid yang muncul sebagai penjaring terbanyak selepas Cristiano Ronal­do (451 gol), Raul Gonzalez (323 gol), Alfredo Di Stefano (308 gol) dan Carlos Santillana (290 gol).

Musim ini menyaksikan Benzema kekal di Santiago Bernebeu untuk musim ke-12 dan telah membuat 517 penampilan bersama pasukan itu selain memenangi 19 gelaran.

Dua jaringan yang dilakukan ketika menentang Levante adalah yang pertama dijaringkan musim ini dan musim lalu dia te­lah meledak 21 gol bersama lapan umpanan gol untuk membantu Real merangkul gelaran La Liga sekali gus mengecewakan pencabar utama mereka, Barcelona. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI