fbpx
Gambar hiasan

Senangnya ‘buat duit’ atas angin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
SITI KAMILAH MUSTAPHA, PENOLONG PENGARANG BERITA KOSMO!

Mudahnya cari duit zaman sekarang, ceduk-ceduk berita sana sini, posting sehingga pengikut mencecah ratusan seolah-olah anda media arus perdana.

Page atau portal sebegini seolah-olah tumbuh umpama cendawan selepas hujan dan ia satu-satu cara senang buat duit atas angin mempergunakan berita atau content milik orang lain.

Bagaimana mereka buat duit atas angin? Senang sahaja apabila pengikut mencecah ratusan ribu, malah jutaan, mereka mulai membuka ruang ulasan untuk iklan berbayar.

Penulis bukan mahu mempertikaikan mengenai ulasan berbayar yang mereka buat duit, kerana itu merupakan rezeki masing-masing, sebaliknya mengenai isu mencedok berita dan content daripada media arus perdana.

Bayangkan wartawan dan jurugambar sebenar yang turun padang mendapatkan berita sensasi untuk disajikan kepada orang ramai dengan berpanas berhujan tanpa tidak mengira masa.

Mereka hanya cedok berita sambil minum kopi depan komputer tanpa berpeluh dan berlapar.

Maaf jika penulis melabelkan mereka page atau portal ini sebagai ‘tin kosong’ atau ‘nyamuk aedes’ kerana menggunakan keringat orang lain untuk mendapatkan content be­rita tanpa kebenaran.

Ada kalanya berita yang dicedok oleh wartawan arus perdana ini digunakan bulat-bulat seolah-olah artikel itu milik mereka sendiri tanpa diberikan kredit sumber berita itu dipetik.

Sangat memualkan cara kotor yang digunakan mereka, pernah sekali dahulu, sekeping gambar oleh jurugambar akhbar ini telah digunakan secara meluas oleh sebuah ‘page tin kosong’ tanpa diberikan kredit.

Page mereka mendapat beribu kali perkongsian tanpa sumber asal gambar itu tidak dinyatakan seolah-olah hak cipta gambar itu mereka punya.

Akibat tindakan memualkan itu, Facebook Kosmo! Online telah melayangkan surat peguam kepada portal tin kosong ter­kenal itu kerana terlalu kerap mencedok berita tanpa memberi kredit atau pautan sumber berita asal milik akhbar ini.

Perbuatan mereka seolah-olah menghalalkan cara dan selepas surat peguam dilayangkan barulah perbuatan kotor itu dihentikan.

Penulis merasakan sudah tiba masanya media arus perdana bersatu menangani portal nyamuk ini daripada terus menggunakan sumber berita ‘percuma’ ini tanpa perlu keluar bekerja mencari content.

Semakin dibiarkan semakin menjadi-jadi portal-portal dan page ini menggunakan keringat orang lain sehingga generasi baharu sudah tidak dapat membezakan asli dan sebaliknya.

Walhal content yang dipaparkan adalah daripada sumber yang dicedok tanpa perlu keluar bekerja.

BERITA BERKAITAN