fbpx

Peniaga rugi RM17,540 ditipu pelaburan Forex tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Seorang peniaga lelaki berputih mata selepas kerugian RM17,540 akibat diperdaya sindiket pelaburan Forex tidak wujud semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa berusia 59 tahun ditawarkan untuk menyertai pelaburan mata wang asing yang bakal memberi keuntungan berlipat ganda hanya dalam tempoh 24 jam.

Katanya, mangsa dipelawa seorang individu yang didakwa ejen syarikat menerusi aplikasi Whatsapp.

“Mangsa dipujuk untuk melabur dalam jumlah yang kecil dahulu dan berpeluang mengaut keuntungan segera berjumlah RM 8,877 dalam tempoh dua jam.

“Mangsa yang tertarik dengan tawaran berkenaan memilih Pelan 1 yang berharga RM250 namun diminta membuat beberapa bayaran tambahan terlebih dahulu jika mahu wang keuntungan dibayar.

“Sebanyak sembilan transaksi dibuat oleh mangsa ke dalam dua akaun bank berbeza berjumlah RM17,540 untuk menikmati pulangan keuntungan luar biasa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mangsa yang merasakan dirinya tertipu selepas ejen terbabit mendiamkan diri kemudiannya membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI