fbpx

MR DIY sasar hasil IPO RM1.5 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Peruncit kelengkapan penambahbaikan kediaman, MR DIY Group (M) Bhd. (MR DIY) menyasarkan untuk menjana sejumlah RM1.5 bilion daripada tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 26 Oktober ini.

IPO tersebut terdiri daripada tawaran untuk penjualan sehingga 753.09 juta saham sedia ada dan terbitan awam sebanyak 188.40 juta saham baharu pada harga RM1.60 sesaham.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Adrian Ong berkata, syarikat terus memperlihatkan prestasi yang berdaya tahan selepas fasa perintah kawalan pergerakan.

Menurut beliau, untuk separuh pertama berakhir 30 Jun tahun ini, jualan syarikat ialah sebanyak RM1.052 bilion berbanding RM1.088 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Bagi tahun penuh 2019, jualan pula melonjak kepada RM2.25 bilion berbanding RM1.77 bilion pada tahun sebelumnya,”

“Prestasi ini telah membuka peluang bagi syarikat mengge­rakkan semula cadangan IPO,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan secara maya sempena pelancaran prospektus MR DIY di sini semalam,

Ong menerangkan, syarikat yang memiliki anggaran penguasaan pasaran sebanyak 29.1 peratus pada tahun lalu berharap dapat meningkatkan jumlah cawangannya kepada 981 menjelang tahun 2021 berbanding 674 cawangan pada masa ini.

Syarikat juga bercadang untuk membuka sebanyak 307 cawa­ngan baharu dalam tempoh dua tahun akan datang yang mana ia terdiri daripada 200 kedai MR DIY, MR TOY dan 60 cawangan MR DOLLAR.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI