fbpx

Lelaki terjun jambatan dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Superintendan Zulkifli Mahmood (dua dari kanan) melawat Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) berhampiran jambatan Kampung Bukit Sapi di Lenggong hari ini.

Oleh ASLIZA MUSA

GERIK – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun ke dalam Sungai Perak di jambatan Kampung Bukit Sapi di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superitenden Zulkifli Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Mohamad Nor Solihin Mohamad Redzuan, 24, pada pukul 8.20 malam.

Katanya, pemeriksaan di lokasi kejadian hanya menjumpai motosikal lelaki terbabit di atas jambatan.

“Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) telah dibuka di lokasi kejadian pada pukul 8.45 pagi hari ini.

“Operasi sekitar satu kilometer di Sungai Perak dijalankan dengan disertai empat anggota bomba, tujuh anggota Rela dan tiga anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik selain dibantu orang awam,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat masih belum menemui petunjuk dan akan diteruskan sehingga pukul 6 petang ini.

“Operasi mencari dan menyelamat melibatkan dua pegawai dan 40 anggota daripada polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Rela serta orang awam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI