fbpx

Juventus mungkin menang percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENJAGA gol Juventus, Gianluigi Buffon (tengah) berbual bersama staf kejurulatihan pasukan selepas perlawanan gagal diteruskan gara-gara Napoli perlu menjalani kuarantin disebabkan situasi Covid-19. – AFP

TURIN – Juventus mungkin memperoleh kemenangan percuma 3-0 terhadap Napoli selepas juara Piala Coppa Itali itu gagal turun beraksi menentang mereka pada aksi Serie A yang sepatutnya berlangsung di Stadium Allianz awal pagi semalam.

Media-media di Itali melaporkan bahawa Napoli tidak dapat melakukan perjalanan ke Turin atas arahan daripada pihak berkuasa tempatan berhubung tahap kesihatan para pemain pasukan itu selepas dua pemainnya, Elif Elmas dan Piotr Zielinski disahkan positif wabak Covid-19.

Permohonan Napoli untuk memohon perlawanan itu ditangguhkan juga dikatakan tidak di­terima pihak penganjur, Serie A.

Ia berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan iaitu perlawanan akan diteruskan juga jika mana-mana pasukan masih mempunyai 13 pemain termasuk seorang penjaga gol.

Presiden Juventus, Andrea Agnelli berkata, Napoli telah menghubungi pihaknya untuk menunda perlawanan itu selepas kelab tersebut mendapat la­rangan daripada pihak berkuasa tempatan di Naples.

“Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis meminta saya agar menunda perlawanan itu tetapi saya memberitahu beliau bahawa kita semua perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

“Kami lebih gembira jika berjaya menewaskan Napoli dalam perlawanan sebenar daripada meraih kemenangan percuma 3-0 atas kegagalan mereka hadir hari ini (awal pagi semalam),” kata Agnelli.

Kegagalan Juventus dan Napoli beraksi di Turin awal pagi semalam menyaksikan kedudukan tangga teratas Serie A menjadi milik Atalanta.

Atalanta kini berkongsi sembilan mata dengan pasukan tangga kedua, AC Milan selepas meraih tiga kemenangan berturut-turut setakat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI