fbpx

Renault sedia bekal enjin buat Red Bull

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENTERA Red Bull terpaksa mencari pembekal unit kuasa baharu selepas pengeluar enjin Jepun, Honda menarik diri daripada saingan F1 pada penghujung musim 2021.

LONDON – Pengeluar enjin Formula Satu (F1), Renault bersedia membantu Red Bull dan

membekalkan enjin buat pasukan tersebut selepas Honda membuat keputusan menarik diri daripada saingan F1 sebaik sahaja musim 2021 berakhir.

Ketika ini, kedua-dua pasukan tersebut dilihat tiada pilihan lain selain mencari penaja baharu untuk membekalkan enjin buat mereka bagi saingan musim 2022 nanti.

Sebelum ini, Renault pernah menjalankan kerjasama dengan Red Bull dari tahun 2007 hingga 2018 dan mereka pernah menjulang gelaran dunia pada 2010 dan 2014.

Bagaimanapun, hubungan itu tidak bertahan lama selepas ke­dua-dua pasukan menamatkan kerjasama dengan Renault pada 2015 dan mula mengguna­kan enjin Honda pada tahun 2019.

Mengikut peraturan Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIA), Red Bull perlu mengemukakan permohonan terlebih dahulu sekiranya berhasrat untuk bekerjasama dengan Renault sekali lagi.

“Saya boleh sahkan bahawa tiada sebarang perbincangan dengan Red Bull ketika ini. Kami (Renault) faham akan peraturan yang dikeluarkan oleh F1.

“Red Bull perlu mengeluarkan permohonan jika ingin bekerjasama dengan kami. Saya yakin, Red Bull masih belum mempunyai sebarang perancangan selepas Honda membuat keputusan meninggalkan saingan F1.

Renault dan Red Bull mempunyai masalah ketika menggunakan enjin turbo V6 pada tahun 2014 sehingga Red Bull terpaksa menggunakan unit kuasa dari Perancis, Tag Heuer. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI