fbpx

Safawi tampak emosi tinggalkan Harimau Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAFAWI (kanan) tidak mampu membendung emosinya sambil ditenangkan oleh Pengurus JDT, Luciano Figueroa selepas tamat aksi JDT menentang Sabah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri kelmarin. - JOHOR SOUTHERN TIGERS

KEJAYAAN merangkul kejua­raan Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut merupakan satu detik penuh emosi buat Safawi dan Johor Darul Ta’zim.

Pengendalinya, Benjamin Mora memberitahu, situasi membangkitkan perasaan itu termasuk persoalan berhubung masa depan ayam tambatan Harimau Selatan, Safawi Rasid.

“Malam ini penuh emosi, kita mahu pastikan kemena­ngan pada aksi terakhir di laman sendiri dan meraih kejuaraan Liga Super kali ketujuh, selain Safawi akan meninggalkan kita.

“Saya sendiri tidak tahu bila hari terakhir dia akan ada bersama kami, hari ini, esok atau selepas aksi Piala Malaysia.

“Kami tunggu apa keputusannya kerana kita tidak tahu bila dia akan berlepas ke luar negara. Tetapi itu merupakan perkara baik buat kariernya dalam bola sepak profesional,” kata Mora.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri selepas pasukan itu menundukkan Sabah 4-1, sekali gus dinobatkan sebagai juara Liga Super musim ini.

Selepas aksi kelmarin, Safawi turut dilihat memakai baju tertera tulisan I will miss JDT Fa­mily (Saya akan merindui keluarga JDT) dan ia menguatkan lagi khabar angin perpindahannya ke kelab Portugal, Portimonense SC.

Sementara itu, Mora turut memberitahu, kejayaan memenangi perlawanan semalam tidak semudah yang disangka atas beberapa faktor.

“Kemenangan ini bukan mudah. Sabah bermain dengan mentaliti untuk bertahan dan mencari peluang untuk melakukan serangan balas pantas.

“Pada awal permainan agak sukar bagi kami untuk menembusi pertahanan mereka, namun setelah berjaya mendapatkan jaringan pertama, barulah kami berjaya mengawal permainan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI