fbpx

Kekal patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PLUS menasihatkan orang awam untuk kekal mematuhi SOP seperti memakai pelitup muka ketika berinteraksi dengan pegawai khidmat pelanggan mereka.

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengingatkan pelanggannya untuk kekal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan apabila berada di kawasan awam seperti di kawasan rehat dan rawat (R&R).

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) turut melibatkan hentian sebelah dan ketika berinteraksi dengan Pembantu Khidmat Pelanggan di lorong tol.

“Peringatan itu diberikan berikutan peningkatan jumlah jangkitan Covid-19 secara mendadak di seluruh negara sejak kebelakangan ini terutama di negeri-negeri di mana rangkaian lebuh raya PLUS beroperasi.
“Kami menyeru pelanggan lebuh raya untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam semangat kita jaga kita bagi menjaga keselamatan semua,” katanya di sini tadi.

Tambahnya, semua petugas PLUS perlu mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka dan memastikan penjarakan fizikal satu meter pada setiap masa ketika berinteraksi dengan pelanggan.

“Oleh itu, kami memohon kerjasama yang sama daripada pelanggan supaya mematuhi SOP ketika petugas kami memberikan perkhidmatan kepada anda di lebuh raya,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI