fbpx
Seekor rusa albino dalam kurungan di sebuah zoo. - Bangkok Post

Komplot pembunuhan kerana rusa albino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Seorang pegawai atasan sebuah zoo di Thailand dibunuh doktor veterinar semasa satu siasatan berhubung misteri kehilangan seekor rusa albino, kata polis hari ini.

Minggu lalu, Menteri Alam Sekitar Thailand, Varawut Silpa-archa mengarahkan satu siasatan diadakan berhubung kehilangan rusa itu.

Keputusan dibuat selepas beliau menolak penjelasan pihak pengurusan zoo bahawa rusa itu dimakan seekor ular sawa.

Pihak berkuasa sedang meneliti sama ada rusa albino jenis barking deer yang hilang sejak lapan bulan lalu telah dicuri.

Ketua Pengarah Pertubuhan Taman Zoologi Thailand, Suriya Sangpong mengetuai siasatan dan kembara dari Bangkok ke Zoo Songkhla untuk satu mesyuarat dengan staf hari ini.

Beliau yang berumur 58 tahun ditembak mati kira-kira pukul 11.30 pagi tadi (waktu tempatan) di pejabat zoo, menurut polis di Songkhla.

Polis berkata, penembak, Phuvadol Suwanna yang juga seorang doktor veterinar yang tinggal di zoo berada dalam keadaan tertekan kerana diarahkan bertukar ke satu jabatan lain semasa siasatan sedang dijalankan.

Mereka kemudian menyatakan suspek membunuh diri kira-kira satu jam selepas menembak mangsa.

“Lelaki bersenjata itu ialah kawan lama (ketua pengarah), mereka berdua berasal dari wilayah selatan negara,” kata Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jatuporn Buruspat.

Siasatan terhadap kehilangan rusa albino itu mungkin akan diteruskan. Rusa unik bernama Snow itu lahir pada Disember lalu. – AFP