fbpx

Thailand sedia terima 100,000 pelarian Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakyat Myanmar menyeberangi Sungai Moei di sempadan Thai-Myanmar, dekat Mae Sot pada 11 April 2023. – AFP

BANGKOK – Thailand bersedia menerima 100,000 pelarian dari Myanmar, kata Menteri Luarnya hari ini, ketika pertempuran berhampiran bandar penting di sempadan semakin meningkat.

Thailand berkongsi sempadan 2,400 kilometer dengan Myanmar, yang telah terlibat dalam perang saudara sejak junta menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi pada 2021.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, tentera Myanmar berdepan ancaman paling teruk apabila pertempuran daripada kumpulan antijunta tercetus di kawasan yang sebelum ini aman di negara itu.

“Kami bersiap sedia dan boleh menempatkan kira-kira 100,000 orang di kawasan selamat Thailand buat sementara waktu,” kata Menteri Luar, Parnpree Bahiddha-Nukara.

Thailand bukan penandatangan Konvensyen Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan tidak membezakan antara pelarian dan pendatang lain.

Pada hujung minggu lalu, terdapat laporan menyebut mengenai pertempuran sengit berhampiran bandar Myawaddy, di seberang sempadan dari bandar Thai, Mae Sot.

Lonjakan berkala dalam pertempuran yang panjang di sepanjang sempadan Thai-Myanmar menyaksikan ramai orang melarikan diri buat sementara waktu ke Thailand, sebelum kembali ke Myanmar.

“Walaupun tiada pemindahan besar-besaran, penduduk melarikan diri ke sempadan,’ kata Parnpree kepada pemberita. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI