fbpx

108,041 permit umrah dikeluarkan seminggu selepas aplikasi Eatmarna dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri merupakan ketua kerajaan yang pertama dijemput oleh Raja Salman Abdulaziz Al-Saud untuk mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi susulan dari Persidangan Al-Ula pada 5 Januari lalu.

MEKAH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengeluarkan sebanyak 108,041 permit umrah dalam tempoh seminggu selepas pihaknya melancarkan aplikasi Eatmarna di sini kelmarin.

Menurut Agensi Berita Saudi, 42,873 daripada jumlah permit tersebut dikeluarkan kepada rakyat tempatan manakala selebihnya iaitu 65,128 diberikan kepada warga asing dari pelbagai negara.

“Sebanyak 16,000 pendaftaran diterima dalam tempoh sejam selepas aplikasi tersebut dilancarkan, manakala jumlah permohonan yang didaftarkan pada minggu pertama ialah sebanyak 309,686.

“Sejumlah 224,929 daripada bilangan permohonan merupakan jemaah umrah dan 84,757 lagi adalah syarikat yang mewakili mereka,” katanya.

Tambah kenyataan tersebut, berdasarkan ketegori umur, jemaah berusia 60 tahun dan ke atas merupakan individu yang paling banyak memohon untuk menunaikan umrah dengan jumlah 35 peratus.

“Manakala individu berumur 31 hingga 40 pula meliputi 26 peratus daripada jumlah keseluruhan pemohon diikuti peringkat usia 20 hingga 30 tahun (17 peratus) dan 41 hingga 50 tahun (14 peratus).

“Jumlah mereka yang berusia 51 hingga 60 tahun merupakan peringkat umur paling sedikit memohon dengan peratusan 8 peratus sahaja,” jelasnya.

Sementara itu, Arab Saudi dijangkan mula menerima kumpulan pertama jemaah umrah pada Ahad,  4 Oktober pukul 6 pagi (waktu tempatan) ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI