fbpx

Adik-beradik hilang selepas keluar dari rumah perlindungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATIMAH Azzahrah,11, dan adiknya Adam Danial, 9, dilaporkan tidak pulang selepas keluar dari Rumah Bakti Darussalam, Gombak pada 29 September lalu.

GOMBAK – Polis Gombak memohon bantuan orang ramai bagi mengesan dua kanak-kanak yang hilang selepas keluar dari sebuah rumah perlindungan di Taman Gombak di sini Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 27 tahun yang merupakan kakitangan di sebuah rumah kebajikan tersebut.

“Wanita berkenaan memaklumkan menyedari ketiadaan dua kanak-kanak berkenaan yang juga merupakan adik-beradik pada pukul 9 pagi sebelum bergegas membuat laporan polis.

“Kanak-kanak yang hilang adalah Fatimah Azzahrah Abdullah, 11 tahun 9 bulan, dan adiknya Adam Danial Abdullah, 9 tahun 1 bulan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Arifai, Fatimah Azzahrah mempunyai ketinggian 150 sentimeter (cm) dengan berat kira-kira 40 kilogram (kg), berkulit cerah, kurus, bermata kecil dan berambut coklat.

“Adam Daniel pula, berketinggian 120cm dengan berat 35kg, berkulit coklat serta berkepala botak.

“Pelajar yang berumur 11 tahun ada meninggalkan nota mengenai ketidakpuasan hatinya yang akan dipindahkan dan bertindak keluar dari rumah kebajikan tersebut,” ujar beliau.

Tambah Arifai, walaupun dikatakan asrama baharu lebih selesa namun luahan pelajar ini mereka lebih perlukan kasih sayang yang telah mereka dapat di rumah tersebut dan bukannya kemewahan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kehilangan kanak-kanak berkenaan diminta menghubungi Sarjan Hasrol Ismail di talian 017-5262726 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI