fbpx

89 ingkar PKPP, 30 tak pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI

Oleh NOR IDAYU BOSRO

PUTRAJAYA – Seramai 89 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan tangkapan paling tinggi membabitkan kegagalan memakai pelitup muka (30).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan lain yang dikesan penjarakan fizikal (29), gagal menyediakan peralatan dan merekod butiran diri (14), langgar perintah PKPDB (10), aktiviti dalam kelab malam (lima) dan premis beroperasi tanpa lesen (satu).

“Daripada jumlah itu, seramai 77 individu telah dikompaun dan 12 lagi direman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, seramai 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dua tekong ditahan dalam Operasi Benteng selain turut dirampas satu bot dan sembilan buah kenderaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 38,843 individu pulang ke tanah air dari 24 Julai hingga semalam dan ditempatkan di 75 stesen kuarantin yang ditetapkan.

Daripada jumlah itu, seramai 8,648 individu menjalani proses kuarantin wajib manakala 106 lagi telah dihantar ke hospital.

Sementara itu, sebanyak 16 operasi sanitasi meliputi tiga zon merah, dua zon kuning dan enam zon hijau membabitkan enam negeri dibuat Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Sebanyak lima operasi di Sabah, Pulau Pinang dan Perlis (empat) serta masing-masing satu di Terengganu, Sarawak dan Melaka,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI