fbpx

 UUM tangguh kemasukan penuntut dari Sabah, zon merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kampus UUM di Sintok, Kedah.

Oleh MOHD RAFIE AZIMI

SINTOK – Kalangan penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) dari Sabah dan zon merah di negeri lain diminta untuk menangguhkan perjalanan pulang ke kampus universiti itu.

Penuntut universiti tersebut termasuk pelajar baharu dijadualkan memulakan pengajian pada hujung bulan ini.

Timbalan Naib Canselornya, Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali memberitahu, langkah itu diambil berikutan peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini.

“Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Universiti hari ini.

“Penangguhan perjalanan tersebut berkuat kuasa serta-merta hingga ke tarikh yang akan diumumkan kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keputusan berkenaan diambil selaras dengan pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini yang menyarankan semua institusi pengajian tinggi (IPT) menangguhkan pendaftaran kemasukan secara bersemuka bagi penuntut dari zon merah.

“Pihak kami prihatin dan amat cakna dengan risiko keselamatan pelajar,” ujarnya.

Tambahnya, sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pusat Penginapan Pelajar di talian 04-9284154 atau 04-9284184 serta Pejabat Dekan Hal Ehwal Pelajar UUMdi talian 04-9284010. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`