fbpx

Messi, Barcelona tidak akan berpisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI (tengah) kembali bersemangat untuk membantu Barcelona mencapai sasaran utama iaitu merampas kejuaraan La Liga dan memenangi gelaran Liga Juara-Juara musim ini. – AFP

BARCELONA – Kapten Barcelona, Lionel Messi mengakui, tindakan kontroversi yang dilakukannya untuk berhijrah pada jendela perpindahan antarabangsa sebelum ini semata-mata demi kebaikan kelab gergasi La Liga itu.

Messi pernah meluahkan hasratnya untuk berhijrah bulan lalu selepas ejennya mendakwa penye­rang berusia 33 tahun itu boleh menandatangani kontrak dengan mana-mana pasukan secara percuma.

Namun, Barcelona mengesahkan klausa tersebut tidak boleh digunakan dan mana-mana pasukan yang mahu menandatangani khidmat Messi perlu mene­bus yuran pelepasan dalam kontraknya bernilai €700 juta (RM3.4 bilion).

Susulan itu, Messi membuat keputusan untuk kekal beraksi di bawah kendalian ketua jurulatih baharu The Catalan, Ronald Koeman walaupun sudah mendapat tawaran rasmi daripada gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester City dengan tawaran gaji yang lumayan.

“Saya bertanggungjawab sepenuhnya berhubung isu yang di­timbulkan sebelum ini. Selepas berbincang, saya percaya misi dan visi Barcelona musim ini masih lagi pada landasan yang tepat dan saya cukup berpuas hati dengan penerangan daripada pihak pengurusan.

“Bagaimanapun, saya ingin mengesahkan bahawa keputusan untuk berhijrah sebelum ini ke­rana mahu membantu Barcelona menjadi lebih kuat semula tetapi kali ini tanpa kelibat saya dalam skuad utama di bawah bimbi­ngan jurulatih baharu (Koeman),” katanya.

Sebagai rekod, Messi telah membuktikan dia kini sudah tidak merajuk apabila berjaya menjaringkan satu gol membantu Barcelona mencatat kemena­ngan 4-0 ke atas Villarreal pada aksi pertama mereka dalam sai­ngan La Liga baru-baru ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI